Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah
Tajuk : Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah
ABSTRAK
Dalam konteks pembangunan ekonomi dan politik di dalam sesebuah negara, pembinaan akhlak dalam bentuk pembangunan manusia yang seimbang dan bersepadu akan menjamin pembangunan ekonomi yang mampan serta kekuatan politik yang akan menjamin kecemerlangan negara secara berterusan. Atas kesedaran tersebut, kepentingan akhlak sebagai suatu gagasan bagi menjamin pembangunan negara yang mampan dan seimbang dinyatakan dengan jelas sebagai salah satu di antara cabaran Wawasan 2020. Pada masa yang sama, pelbagai dasar, sistem, perancangan strategik dan program yang dilaksanakan dalam amalan pendidikan di negara ini memberikan gambaran yang jelas terhadap komitmen pihak kerajaan untuk melahirkan generasi rakyat Malaysia yang memiliki keperibadian yang mulia dan seimbang. Namun, status sebenar penghayatan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah yang telah melalui sistem pendidikan di negara ini masih menjadi tanda tanya. Dapatan dari satu kajian tinjauan menunjukkan bahawa status keseluruhan penghayatan akhlak peribadi di kalangan pelajar sekolah menengah adalah pada tahap sederhana tinggi. Dapatan ini seterusnya menggambarkan pola penghayatan yang agak rendah dalam beberapa aspek akhlak kritikal di kalangan pelajar sekolah menengah seperti kewajipan solat lima waktu, adab pergaulan dan pendedahan aurat. Sekaligus, tinjauan ini mungkin memberikan sedikit gambaran tentang punca kepada beberapa masalah sosial yang dihadapi dalam masyarakat masa kini. Beberapa prospek penyelidikan turut dicadangkan bagi meneliti dengan lebih mendalam terhadap penghayatan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah.
Sunday, February 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum...
ReplyDeleteTidak dinafikan bahawa pendidikan akhlak sememangnya penting dalam membentuk generasi yang dapat membangunkan negara di masa hadapan. Oleh itu, amatlah perlu bagi guru-guru untuk menekankan aspek akhlak dan moral dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Ini kerana, segala masalah sosial yang berlaku dewasa ini adalah berpunca dari sikap salah laku dan lepas laku remaja masa kini yang merasakan diri mereka bebas berbuat apa sahaja tanpa halangan, teguran, nasihat dan batasan agama. Inilah tugas besar yang perlu digalas guru untuk memperbaiki dan merawat penyakit kronik masyarakat sejak akhir-akhir ini.
assalamualaikum.....
ReplyDeletePada dasarnya pendidikan akhlak amat penting dalam membentuk pelajar yang berjiwa jitu dan teguh akhlaknya.Pelajar yang mempunyai akhlak yang baik tidak akan terpesong dgn gejala yang tidak sihat.ini kerana jiwa mereka teguh dgn iman yang diserapkan dalam diri mereka.
Untuk mengelak daripada berlakunya masalah ini adalah bermula daripada hal pemerintah, kita sedia maklum bahawa negara kita masih lagi mengekalkan sistem pendidikan sekular iaitu pemisahan antara hal dunia dan akhirat.
ReplyDeletesekolah pada hari ini tidak pernah untuk memperhebahkan subjek agama seperti yang diajar disekolah agama(sekolah mahad muhammadi) yang telah memperjenalkan subjek agama seperti tauhid, akidah, dan sebagainya. oleh itu, marilah kita sama-sama melihat apakah kekurangan yang telah dilakuykan oleh pihak kerajaan dalam memajukan lagi sistem pendidikan berlandaskan al-quran dan sunnah.
assalamualaikum
ReplyDeletepenghayatan akhlak pelajar sekolah menengah adalah satu tajuk yang amat sesuai untuk kita perbincangan buat masa kini.tajuk yang baik, bagus dan sesuai pada masanya.
kita tidak perlu melangkah lebik jauh dalam tajuk ini sebelum kita mengerti apa itu penghayatan. sekarang, akhlak pelajar semakin teruk, adakah mereka tidak mengetahui dimana baik dan dimana buruk? jawapannya , mereka dapat menbezakan antara baik dan buruk, antara dosa dan pahala. tapi persoalannya mengapa mereka melakukan juga sedangkan mereka telah mengetahui perkara tersebut menjatuhkan marwah mereka? kerana hilangnya penghayatan pelajar terhadap akhlak mulia